SEKADAR RENUNGAN
Ilmu
itu lebih baik daripada harta. Ilmu menjaga engkau dan engkau menjaga
harta. Ilmu itu penghukum (hakim) dan harta terhukum. Harta itu kurang
apabila dibelanjakan tapi ilmu bertambah bila dibelanjakan.
-Saidina Ali bin Abi Talib
-Saidina Ali bin Abi Talib
Kecantikan
bukan terletak pada pakaian yang dipakai tetapi ia bergantung kepada
keelokan akhlak dan budi pekerti. - Saidina Ali bin Abi Thalib
Jadilah
seperti pohon kayu yang lebat buahnya, tumbuh di tepi jalan. Dilempar
buahnya dengan batu, tetapi tetap dibalas dengan buah. -Saidina Abu
Bakar As-Siddiq
Alangkah buruknya kepapaan, kalau aku mengadu aku malu, kalau aku berdiam diri aku binasa -Saidina Ali bin Abi Talib
Jangan
berkawan dgn orang yang tamak kerana pada zahirnya ia ingin
membahagiakanmu tapi hakikatnya dia akan mencelakan . Jauhilah berteman
dengan pembohong kerana ia boleh menjadikan orang yang dekat lari
daripadamu dan sebaliknya .Janganlah berkawan dengan orang yang bakhil
kerana ia akan melupaimu di waktu kamu sangat memerlukannya dan jauhilah
bersahabat dengan orang yang suka berbuat jahat kerana ia tidak malu
untuk menjualmu dengan harga yang sangat murah - Saidina Ali bin Abi
Thalib
Hanya
lidah yang mahu berdusta dan berbohong. Namun pandangan mata, hayunan
kedua belah tangan, langkah kedua belah kaki dan pergerakan tubuh atau
seluruh anggota badan akan menafikan apa yang diucapkan oleh lidah
-Khalifah Ali bin Abi Talib
Jangan
engkau percaya melihat kegagahan seorang lelaki. Tetapi jika mereka
teguh memegang amanah dan menahan tangannya daripada menganiayai
sesamanya, itulah lelaki yang sebenarnya -Khalifah Umar al-Khattab
Nilai
seseorang sesuai dengan kadar tekadnya, ketulusannya sesuai dengan
kadar kemanusiaannya, keberaniannya sesuai dengan kadar penolakannya
terhadap perbuatan jahat dan kesucian hati nuraninya sesuai dengan kadar
kepekaannya terhadap kehormatan dirinya -Khalifah Ali bin Abi Talib
Kebajikan yang ringan adalah menunjukkan muka berseri-seri dan mengucapkan kata-kata lemah-lembut
-Saidina Umar bin Al-Khatab
-Saidina Umar bin Al-Khatab
Orang
yang terlalu memikirkan akibat dari sesuatu keputusan atau tindakan,
sampai bila-bilapun dia tidak akan menjadi orang yang berani -Khalifah
Ali bin Abi Talib
Agama
buat kehidupan di akhirat, harta buat kehidupan di dunia. Di dunia
orang yang tidak berharta berasa susah hati, tetapi orang yang tidak
beragama merasa lebih sengsara -Saidina Abu Bakar As-Siddiq
Kekayaan
yg sebenar ialah akal , kepapaan yg sebenar ialah rosak akal . Sepi
yang sebenarnya ialah kagum dengan diri sendiri dan kemuliaan yang
sebenar ialah akhlak yg baik. - Saidina Ali bin Abi Thalib
Barangsiapa
menempatkan dirinya di tempat yang dapat menimbulkan persangkaan, maka
janganlah menyesal kalau orang menyangka buruk kepadanya -Saidina Umar
al-Khattab
Semulia-mulia
manusia ialah siapa yang mempunyai adab, merendahkan diri ketika
berkedudukan tinggi, memaafkan ketika berdaya membalas dan bersikap adil
ketika kuat - Khalifah Abdul Malik bin Marwan
Banyak berhutang akan menggelincirkan orang yang benar kepada pendustaan - Saidina Ali bin Abi Thalib
Banyak berhutang akan menggelincirkan orang yang benar kepada pendustaan - Saidina Ali bin Abi Thalib
Manusia yang berakal ialah manusia yang suka menerima dan meminta nasihat -Saidina Umar bin Al-Khatab
Orang
berilmu lebih utama daripada orang yang selalu berpuasa, bersolat dan
berjihad. Apabila mati orang yang berilmu, maka terdapat suatu
kekosongan selain oleh penggantinya (yang berilmu juga) -Saidina Ali bin
Abi Talib
Barangsiapa yang jernih hatinya, akan diperbaiki Allah pula pada yang nyata di wajahnya. -Saidina Umar bin Al-Khatab
Sesiapa
yang dilantik menjadi pemimpin kepada manusia maka dia hendaklah
mengajar dirinya terlebih dahulu sebelum mengajar orang lain. Dan dia
hendaklah memperelokkan setiap tindak tanduknya seharian sebelum
memperelokkan dengan lidah. Dan sesiapa yang mengajar dirinya sendiri
serta memperelokkannya lebih layak untuk mendapat kemuliaan daripada
mereka yang mengajar dan memperelokkan manusia yang lain. - Saidina
Ali bin Abi Thalib
Ingin aku jadi rumput sahaja, supaya dimakan oleh kuda kerana amat ngerinya siksaan Allah- Saidina Abu Bakar As-Siddiq
Bagi
setiap nikmat ada kunci yang membukanya dan ada kunci yang akan
menyelaknya yang mana kunci pembukanya adalah sabar dan kunci
penyelaknya adalah malas - Saidina Ali bin Abi Thalib
Kemarahan
orang yang berakal dilihat pada tindak tanduknya dan kemarahan yang ada
pada orang jahil itu dapat dilihat melalui perkataannya. - Saidina
Ali bin Abi Thalib
Apabila
kamu merasa letih kerana berbuat kebaikan maka sesungguhnya keletihan
itu akan hilang dan kebaikan yang dilakukan akan terus kekal. Dan
sekiranya kamu berseronok dengan dosa maka sesungguhnya keseronokan itu
akan hilang dan dosa yang dilakukan akan terus kekal. -Saidina Ali bin
Abi Thalib
Dua nikmat yang sering dilupakan ialah kesihatan dan keselamatan. - Saidina Ali bin Abi Thalib
Peliharalah
iman kamu dengan memperbanyakkan sedekah, bentenglah hartamu dengan
mengeluarkan zakat dan tolaklah gelombang bencana bala dengan sentiasa
berdoa kepada Allah - Saidina Ali bin Abi Thalib
Orang-orang yang suka berkata jujur mendapatkan tiga hal, kepercayaan, cinta, dan rasa hormat. - Saidina Ali bin Abi Thalib
Keadilan
itu syurga bagi orang yang dizalimi tetapi keadilan itu adalah neraka
bagi orang-orang yang bersifat zalim - Saidina Umar bin Al-Khatab
Orang yang tidak menguasai matanya, hatinya tidak ada harganya -Khalifah Ali bin Abi Talib
Kalau
engkau berasa berkuasa untuk membuat aniaya kepada hamba Allah,
ingatlah pula bahawa Allah lebih berkuasa membalasnya -Saidina Umar bin
Al-Khatab